Jualan Tidak Berhasil Ke..?


Dengan teknik KVP anda mampu menjual dan menghuru harakan jualan.


Konsultansi / Personal Coaching

  • Pemasaran Bisnes Internet (online)
  • Pemasaran Bisnes Konvensional (offline)



PERHATIAN: Hanya yang bersungguh-sungguh mahu jana pendapatan atau meningkatkan lagi kuasa jualan sahaja dibenarkan belajar.


Itulah tujuan utama 'Mekanik Bisnes' adalah untuk me'repair' masalah bisnes anda agar dapat bergerak dengan sempurna lancar dan sampai ke destinasi IMPIAN..!


Teknik KVP adalah singkatan bagi teknik Kuasa Vroom POWER. Vroom pula berasal dari satu sifat jentera yang bergerak lancar dan laju. 


Pemasaran ini sangat penting bagi mereka yang menjual atau berniaga. Tiada pemasaran tiadalah perniagaan. 


Anda ada masalah berkenaan pemasaran?

Tidak dapat menjual dengan sasaran yang anda impikan?



Ok,

Kita akan jumpa depan-depan, kita akan ada sesi perbualan dan pertanyaan supaya saya dapat kenal pasti masalah yang anda hadapi dan yang paling sesuai untuk bisnes online anda.

Atau...

Hanya melalui ketikan keyboard komputer anda secara online. Nanti saya beritau nak guna medium apa yang sesuai.

Sesi 2 jam ini mungkin akan memberi impak bisnes anda meletop sebanyak 3x ganda! 

In sha Allah. 

Segalanya atas usaha anda dan selebihnya tawakkal kepada Allah.

Yang bestnya pemasaran ini adalah dengan tanpa modal atau kos yang rendah sahaja. Tiada kaitan dengan pengiklanan berbayar seperti FB ads.



Berikut di bawah ini adalah 2 pilihan buat anda bagi memilih program yang dijalankan.

1. Konsultansi

Advisor : Hairizal Hamidon

Sesi ini sesuai sekiranya anda baru nak belajar berniaga atau tercari-cari idea memulakan bisnes secara online atau offline. Yang ke-2, sesi konsultansi ini sesuai jika anda tidak pernah berjaya menghasilkan pendapatan atau kurang berjaya dalam bisnes yang anda bina. Dengan cara itu saya akan mengenal-pasti punca masalah atau punca anda gagal dan akan me'repair'nya untuk anda berjaya mencapai impian anda.

Konsultansi dari Mekanik Bisnes ini juga akan memberi nasihat, panduan, teknik (pemasaran & jualan) dan idea buat anda. 

Juga teknik untuk 10 jadi 100, 100 jadi 1,000 dan seterusnya. Teknik ini sesuai jika anda dah mula, dah ada pendapatan melalui bisnes cuma anda nak menambah dan menggandakan lagi pendapatan anda.


2. Personal Coaching (Bimbingan Peribadi)

Trainer : Hairizal Hamidon

Anda boleh pilih satu sahaja jenis pemasaran internet atau konvensional untuk setiap sesi personal coaching di bawah..

Teknik Pemasaran :

  1. Blog
  2. Facebook Profil & Group - Tanpa Modal Pemasaran
  3. Idea Bisnes dan Pemasaran



Tawaran ini tidak boleh anda tolak sebab...

  • Sangat terhad untuk slot masa.
  • Yuran belajar yang rendah dan tidak ada caj yang tersembunyi.
  • Yuran akan naik bila-bila masa sahaja.



Oh ya,

Siapa saya dan bagaimana saya boleh bantu menghasilkan atau menambah baik bisnes offline dan online anda?

Nama saya Hairizal Hamidon..

No. Pendaftaran Perniagaan : JM0677356-P

Niche Konsultansi : Idea Pemasaran

Jurus Bisnes : Teknik Pemasaran TANPA MODAL


Ilmu dan pengalaman

Saya berniaga sejak dari sekolah rendah lagi. Pada umur awal 20-an, saya membuat bisnes mail order, pengiklanan waktu itu hanya di akhbar dan majalah. Saya mendaftarkan perniagaan yang pertama adalah pada tahun 2007. Pada tahun yang sama saya berjinak-jinak dengan bisnes internet terutama sebagai freelance untuk website dan blog.

Teknik pemasaran sentiasa dikemaskini seiring teknologi yang berkembang. Saya akan pastikan ilmu saya sentiasa relevan.

Dari tahun 2007 hingga kini banyak ilmu dan pengalaman yang dah nak mencurah-curah keluar dan tak mampu saya bendung lagi. Jadi saya perlu berikannya pula kepada anda.


Saya banyak belajar berkenaan bisnes daripada mentor tersohor seperti:

Dr. Irfan Khairi (jutawan tersohor bisnes internet), Tuan Shamsuddin Kadir (pakar kewangan), Azizi Ali, Dato' Dr. Hj. Rusly, Puan Ainon Mohd., Adam Khoo dan ramai lagi.

dan...

Kini ilmu dan pengalaman sudah di uli, di gaul sebati semuanya dan menjadi identiti ilmu saya sendiri.


Kenapa saya buka sesi konsultansi / personal coaching ini?

Sebab saya ingin buktikan kewibawaan dan tanggungjawab saya untuk kejayaan protege saya!


3 Cara bagaimana sesi konsultansi ini boleh membantu meningkatkan prestasi bisnes anda.

  1. Kita akan berjumpa 1-on-1 dalam masa 4 jam maksimum. Biasanya sebelum berjumpa, anda perlu jawab beberapa senarai soalan yang dihantar menerusi emel atau whatsapp.
  2. Sepanjang tempoh 2 jam, kita akan sama-sama kenal pasti masalah bisnes anda untuk terus diperbaiki.
  3. Hanya 1 produk atau 1 servis sahaja yang dibenarkan bagi setiap sesi bimbingan.

*Jika anda masih lagi tidak berjaya seperti yang telah dibincangkan, anda boleh hubungi melalui e-mel untuk dapatkan tips atau strategi yang lebih sesuai dalam tempoh 3 bulan.


Berapa harga untuk sesi 2 jam?

Harga asal konsultansi ini adalah RM1,100 sahaja untuk tempoh 2 jam.

Tetapi, setelah berfikir, mengira, mencongak dan termenung panjang, (kerana saya juga dahulu seperti anda) jadi saya telah tawarkan anda untuk melabur ilmu ini dari saya dengan harga diet ni..

Anda hanya perlu bayar RM300 sahaja untuk sesi 2 jam.


Lokasi : Kluang, Johor atau secara online sahaja.



Apa kata mereka...



Jack Ma, AliBaba.Com adalah sumber inspirasi untuk bisnes terbaharu saya dan ini adalah projek terbesar yang pernah saya buat. Telah banyak wang yang saya telah keluarkan untuk projek ini. Jadi saya tidak boleh membiarkan projek ini gagal. Syukur, akhirnya saya berjumpa orang yang tepat memberikan saya idea pemasaran. Terimakasih tuan Hairizal Hamidon kerana membuka jalan untuk kejayaan saya bukan sahaja untuk idea pemasaran internet, malah idea untuk pemasaran konvensional juga. Terimakasih sekali lagi.


Muhamad Nazrol Hisham Jamani

CEO of MNH Network

Kuala Lumpur



Saya memang zero dalam IT lebih-lebih lagi berkenaan pemasaran internet. Kini tidak lagi. Selepas selesai sesi coaching, tiada masalah untuk bertanya dan dapat tambah lagi ilmu. Apa yang boleh saya katakan di sini, ia adalah pelaburan yang terlebih berbaloi...

Amiera Zam
 
Senawang, Seremban



Mudah difahami dan senang dibawa berbincang dan boleh bertanya lagi jika tak faham selepas personal coaching ini. 


Sharena Nadia Sapiye

Kluang, Johor


Ok. Puashati ! Sifu Hairizal mengajar dengan cermat, langkah demi langkah hingga saya faham. Terrrbaikkk bro..!


Masrohin Shariff

Towkey - Matahari Cake House

Kluang, Johor



Bagaimana cara untuk daftar sesi konsultansi?

Ok, hubungi kami menerusi Whatsapp atau SMS dari nombor Whatsapp dengan klik link di bawah ini :

KLIK DI SINI





Soalan lazim

Kenapa harga Coaching ini rendah tak macam yang lain? Ada kualiti kah?

Kalau nak dibandingkan dengan tahap sepatutnya ia lebih tinggi yurannya. Tetapi buat masa ini, buat masa ini lah. Saya lebih terfikir tentang masa lalu saya yang sangat sukar. Saya meletakkan diri saya di tempat anda. Itu yang saya bayangkan.


Apa beza coaching dengan seminar atau bengkel atau kursus? Kadang-kadang ia lebih murah yurannya?

Perbezaannya anda lebih fokus. Saya lebih fokus terhadap anda, anda dapat berinteraksi dan bertanya secara terus dan biasanya aura kejayaan lebih dekat. Amacam? :)

Sebab itu kebanyakkan coaching atau konsultasi lebih mahal dari seminar. Jangan terperanjat jika ada sesi training seperti ini yurannya puluhan ribu ringgit!


Bagaimana kaedah bimbingan yang di ajar?

Dah tentu one on one. Lebih jelas dan fokus kepada anda. Memudahkan anda bertanya secara terus. Digalakkan anda membawa salah satu atau kedua-duanya sekali iaitu buku nota atau salah satu dari tablet mahupun laptop. Bila saya memberi panduan yang penting, anda digalakkan mencatit. Manakala laptop atau tablet tu kegunaannya lebih kepada rujukan online.


Dapat ke ilmu penting kalau masa yang diambil cuma 2 jam?

Boleh. Panduan dibuat dengan fokus kepada tips yang lebih penting. Segala perbualan yang tidak kena pada topik saya tidak akan kira sebagai masa pembelajaran. Bermakna mungkin sesi ini berlangsung lebih dari 2 jam.


Bolehkah saya dapat hasil pendapatan yang me'LETOP!' setelah mengikuti bimbingan ini?

Jawapan saya boleh dan tidak. Boleh jika ada tindakan selepas itu. Tidak jika anda membiarkan pelaburan ilmu ini tanpa tindakan atau anda mungkin tidak akan berjaya jika tidak mengikuti panduan yang diberikan.


Bolehkah saya membuat pertanyaan atau minta nasihat selepas sesi selesai?

Boleh. Saya suka follow-up dengan protege saya. Ia akan dilakukan menerusi e-mel. Tarikh luput saya hadkan kepada 3 bulan sahaja.


Kenapa 3 bulan sahaja?

Kerana saya nak anda segera bertindak. Tidak membuat penangguhan untuk berjaya. Sebab yang lain, ilmu yang fresh akan lebih mudah diaplikasikan. Kalau tak nanti takut 'basi'. Saya suka kalau protege saya berjaya. Saya akan berasa bangga.


Kenapa tak buat di Kuala Lumpur sepertimana kebanyakan trainer lain?

Segala urusan perniagaan saya di Kluang. Saya selesa di sini dan trafik tidak selalu jammed. Boleh juga untuk ke luar dan pergi ke lokasi yang lain, tetapi kos-kos lain perlu diambil kira dan itu pun kalau saya bersetuju atau saya yang akan menentukan lokasi.

Bukankah patut anak murid cari guru? Hehe..


Saya takde modal memulakan perniagaan, bolehkah saya berniaga?

Boleh. Saya akan berikan idea atau panduan.


Cepat bertindak! 

Jangan fikir yuran, fikirkan pelaburan yang berbaloi-baloi yang anda akan terima nanti ye..!!



Dari meja S.O.H.O,

Hairizal Hamidon